RSS
1 comments

Bismillah...

Di dalam seharian kita menyelusuri kehidupan kita ini. Adakalanya kita bertemu dengan gembira. Ada waktunya kita berjumpa dengan sedih. Ada ketikanya kita berselisih dengan kesunyian. Ada ketikanya kita bersua dengan dugaan.

Semua itu adalah buku dan ruas sebuah kehidupan. Mahu atau tidak selagi kita hidup. Asam garam ini harus kita tempuhi. Lagi lama kita hidup semakin banyak garam terpaksa kita telan. Manis, masam, masin, pahit, kelat dan tawar akan kita rasa sepanjang usia kita ini.



Apa yang kita rasa pasti semua manusia juga turut merasa perkara yang sama. Walaupun mungkin di dalam keadaan yang berbeza. Kita tidak boleh salahkan takdir. Semua ini adalah ketentuan. Cuma diharap ketabahan akan bersama kita menemani liku-liku sebuah kehidupan.

Semangat ketabahan akan menentukan perjuangan kita nanti akan berhasil. Jika kita tewas kecundang di medan. Siapa yang hendak kita persalahkan. Takdir atau diri kita sendiri. Tuhan sentiasa ada bersama kita. Kita mampu laksanakannya selagi kita sabar.
Continue Reading... Labels:


 

Random Posts

Recent Comments

About Template

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors